CINTA ABADI DECO GALLERY

CINTA ABADI DECO GALLERY
inspire ur style of living

Monday, April 5, 2010

Bercuti Bersama Cinta Abadi....swiss garden kuantan


Bercuti Bersama Cinta Abadi....ahhhh free nyer rasa...bila hubby aku mula start enjin kereta untuk mula kan perjalanan kami. Dari pagi aku dah bangun..siap kan sarapan dan bekalan masa di dalam kereta nanti. Anak aku pun mood holiday...pagi-pagi dah bangun dok pegang pelampung itik dia....Hubby mcm biasa buat final checkup kereta dia almaklum lah kereta lama..tahun 1997..tapi alhamdulillah banyak brjasa da hubby aku syg giler kat dia. kami memulakan perjalanan dalam jam 10 pagi..kelajuan kereta aku tgk hubby steady jer 120-140 KmH...separuh perjalanan aku duk melayan si kecik dan hubby yg muka dok senyum dari semalam lagi...aku tahu dia pun tak sabar nak rileks dan cari idea untuk perniagaan kami. itu yg aku kagum dgn dia...kepala hutak dia penuh dgn idea-idea bernas..kadang-kadang aku pun tak fikir idea yg dia dapat. memang marketing ni minat dia dari keje hyundai dulu...bayangkan dia leh tackle satu family semua beli keta dgn dia...ermm...itu lah kelebihan yg tuhan bagi kat dia. sedang ak lena di buai mimpi dalam kereta..tiba-tiba hubby aku terpekik.." Alamok spedd trap...pulok..aku nak terkucil ni.." rupa-rupa nyer dia tgh speeding nak gi toilet kat hentian Temerloh. Dalam jam 3 petang sampi lah kami di sana...ahhh syok nyer..kami dapat lagi satu berita gembira, bilik yg kami tempah penuh..so pihak hotel bagi kami bilik executive suite ground floor....since aku memang member kat Swiss garden Hotel ni....hubby aku senyum lebar..

Masa yang dihabiskan disana selama 5hari 4 malam...rileks habis..hubby aku 2 hari duk hotel jer..siang duk mandi kolam...petang jogging kat laut, mandi laut...malam duk layan movie..larut malam dia mula bukak laptop buat keje dia..aku tido dah...paling happy anak aku...duk berendam dalam kolam. tapi kadang-kadang aku rasa sebak ini lah tempat terakhir aku dan emak habis kan masa bercuti..4 bulan lepas. terasa kehilangan yg amat sgt. hubby aku pun sama ..tapi dia simpan..Emak...naja rindu kan emak....semoga roh nyer di cucuri rahmat.

Hari yg ke 4..ayah and mama dtg joint kami. bertambah seronok lah percutian ni. Hubby mcm biasa cuti-cuti pun business jalan..dapat ramai panggilan untuk business tintedmurah online dia http://tintedmurah.blogspot.com/. sambil-sambil tu dia tolong tambahkan apa-2 yg kurang dalam blog aku.

Yang tak seronok nyer disini huii pengalaman di sembelih ketika makan seafood kat area pantai dkt hotel ni..perhh sampai angin hubby aku..yerlah makan 2 org..ikan kerapu sekor jer dah dekat RM 25 hengget. total sampai RM 35 mkn sikit jer...hubby aku tak puas hati..dia upddate dlm FB pic kedai yg kaki sembelih tuu supaya jgn ada kawan-kawan lain terkena. dah tu tokey org siam pulak.. Hari ketiga hubby aku try cari restoran lain yg murah..jumpa di Tanjong Lumpur. Org tempatan punya. baru lah puas makan. dan murah. restoran Ikan Bakar Petai ....hubby aku tak habis2 memuji "tengok kalau murah ramai org datang" masakan pun sedap.

lagi satu kat sana hubby asik makan SATA dgn Otak-2 jer . memang sedap dah murah..fresh ikan dia. hubby siap deal business lagi...itu lah dia..pantang ada peluang.

Bagi aku ini lah percutian yg aku idam dan tunggu-tunggu..alhamdulillah semua ok sehingga sampai rumah. hubby pn mood ok sepanjang holidays. bagi aku 2 thump up untuk holiday ni..dan kami akan kembali pada bulan 7 nanti bersama kakak dan family yg pulang dari Uk...tentu kecoh dgn anak-anak nanti...sekian..

walaupun business tepi jalan tak bermakna kami tak boleh dapat kualiti Hidup yang Baik....
berusaha pasti ada jalan.

daaa jumpa lagi time back to business ahh miss it..

ini ada pic sikit layanzzz.......

syok nyer dpt exec suite....

Permandangan dari Lobi hotel......
hubby di meja dia ..duk update blog

nak mandi mummy...!!!!!!!








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails