CINTA ABADI DECO GALLERY

CINTA ABADI DECO GALLERY
inspire ur style of living

Tuesday, March 23, 2010

Sehari CINTA ABADI DECO di Muzium Negara -part 2


hari ini relax bagi diriku, sedang menghirup air teh di tepi koridor dari bilik di swiss garden kuantan. yea..aku sdg bercuti di sini, tuu..nanti aku akan citer kan bab lain plak yea. kali nak citer pasal hari di muzium minggu ker dua, dari pagi kami dah sampai di perkarangan muzium..suasana agak sunyi dari minggu lepas..ermm..ahh..teruskan jer lah gerak hati ku..alang-alang dah datang.

setelah selesai semua kami menunggu customer.....ernnm..agak sunyi..mungkin tiada promosi dari pihak muzium atau kurang. tapi ada peniaga-peniaga baru yg joint. jualan terlalu slow kali ni banyak peniaga yang mengeluh..termasuk lah aku...hubby aku dah duk layan DVD.

setelah kul 4.00 petang, kami terus berkemas..sah tiada orang kali ni....ermm biasa tu lah dugaan berniaga...yg frust nyer aku bawak barang-2 3 kali ganda banyak dari last week..tapi apa kan daya tiada peminat yg datang..ada customer yg tak appreciate barang kami..aku malas nak layan..nak harga murah..sedang kan mereka tahu barang ni ada harga. biasa lah tuu....

hubby aku dah mood holiday...yeah...esok kami akan bertolak ker swiss garden kuantan. 4 hari kami disana...itu aku akan update kemudia yea...

opssss jap jap jap ..jangan lupa next week kami akan berada di muzium untuk minggu terakhir...kami akan bagi 10%-25% lagi diskaun untuk semua barang....so set masa anda sabtu dan ahad ini...yeazz...see u all..

pada members blog yg call for say hiii thanks...;) anda maybe akan dapat sesuatu...tunggu yea...klu ada rezeki......

roger n out.....yeazzaaaa.....

Complete tea set 24k gold. buatan Greece. 99% cont.
ready for sale for interested customer only. call us for price yeaz..

Saturday, March 13, 2010

Sehari CINTA ABADI DECO di Muzium Negara


Aku n family bangun awal pagi ni untuk bersiap-siap ke Pameran Seramik di muzim negera, semangat aku berkobar-kobar, 3 kotak dah yang aku packing semalam dah tersedia menunggu customer. semua nya peninggalan ibu ku. rasa sebak mula terasa semenjak pemergian nya rasa rindu amat terasa. mungkin emak seronok jika dia ada bersama memapat peluang berniaga di sana.

sampai saja meja aku sudah tersedia..dengan terpampang nama CINTA ABADI, rasa bangga. Alas meja juga sudah di pasang rasa seronok yang amat mula terasa..alhamdllilah syukur pada Allah memberi aku peluang ini. Rezeki di tangan nya tapi aku perlu berusaha. aku dan hubby tanpa buang masa terus menyusun barang, selepas lebih kurang 30 min..barang-barang porcelain kami telah tersedia. aku ada juga mengintai meja lain..tiada yang serupa. Yes! tiada pesaingan..makna peluang aku nak buat sales lagi cerah. Pagi lagi customer dah mula mengerumun tapak jualan.

Setelah selesai lebih kurang jam lima petang, syukur pada Allah satu kotak barang-barang porcelain aku habis dijual. aku tersenyum girang, rasa sebak pun ada terkenang kan emak.
Hubby aku pun seronok...mana tak nyer dah lama tak pergi muzeum..habis seluruh museum dia round..memang minat dia pada sejarah. Tak kurang anak aku yang bermain kesana sini. berkawan-kawan...happy betul dia. ahhhh bahagia nyer hidup walaupun tak seberapa...ank suami dan anak yang membahagiakan.

esok satu hari lagi menunggu kami...harap-harap dapat sambutan lagi. dan aku ada berita baik untuk blogger yang berminat untuk sertai jualan pameran ini. datang saja ker museum dan jumpa Puan zila..person incharge..tanya jika ada kekosongan lagi sebab pameran ini ada 2 minggu lagi makna nyer 4 hari beniaga (sabtu&ahad). Tak jumpa tak tahu geng..cuba jerlah kan.

disini aku ada sedia kan sedikit gambar untuk tatapan blogger semua...layanzzz......

tersengeh..di depan gerai



haaa...puas aku dapat keluar kan separuh dari koleksi aku...yang tengah tu koleksi cottage . yang hujung sekali fridge magnet rm 25 pc



koleksi plate English,wedding bell limited edition mug dan pic hubby tgh breakfast..nasi lomak



antara deretan gerai peniaga, customer dah mula mengerumuni gerai kami..yahuu.....



pic hubby tgh makan lagi, acara sand art dan abg teh tarik tgh beraksi sedap...RM 1. jer



my hubby n pricess sand art..koleksi barangan lama jenama coke-cola..rare tuuuu




barangan ceramik lama dan antik juga turut di jual...ada peminat tersendiri




labu sayung yang di moden kan...siap ada demo lagi...


Koleksi-koleksi ceramik purba dari kapal karam di zaman melayu melaka laut selat melaka/ simpanan pihak museum..cantik tuuu




cuba tengok betul-betul pada bibir piring tu ada tumbuh baru karang.....ish..ajaib, kuasa Allah



sekian...jumpa lagi..

Thursday, March 11, 2010

Pameran dan Jualan Porcelain (ceramik) Di Muzium Negara

untuk rujukan.
http://www.muziumnegara.gov.my/programs/activity

kami cintabadideco akan berada di Muzium Negara pada hari sabtu dan ahad (13 mac & 14 mac) dari 10 pagi hingga 5 petang di tapak pameran porcelain . Pelbagai barang porcelain dari luar (UK) dan dalam akan di pamerkan dan di jual kepada umum.Terdapat lebih kurang 20 peniaga akan turut serta. pasti ada barang yang akan memikat hati anda. Harap semua blogger akan dapat datang kesana. lawatlah ke gerai kami..pasti ada barangan menarik dan diskaun hebat menanti anda. datang jangan tak datang...datang jangan tak datang...datang jangan tak datang...datang jangan tak datang...datang jangan tak datang...datang jangan tak datang...datang jangan tak datang...datang jangan tak datang...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails