CINTA ABADI DECO GALLERY

CINTA ABADI DECO GALLERY
inspire ur style of living

Saturday, March 13, 2010

Sehari CINTA ABADI DECO di Muzium Negara


Aku n family bangun awal pagi ni untuk bersiap-siap ke Pameran Seramik di muzim negera, semangat aku berkobar-kobar, 3 kotak dah yang aku packing semalam dah tersedia menunggu customer. semua nya peninggalan ibu ku. rasa sebak mula terasa semenjak pemergian nya rasa rindu amat terasa. mungkin emak seronok jika dia ada bersama memapat peluang berniaga di sana.

sampai saja meja aku sudah tersedia..dengan terpampang nama CINTA ABADI, rasa bangga. Alas meja juga sudah di pasang rasa seronok yang amat mula terasa..alhamdllilah syukur pada Allah memberi aku peluang ini. Rezeki di tangan nya tapi aku perlu berusaha. aku dan hubby tanpa buang masa terus menyusun barang, selepas lebih kurang 30 min..barang-barang porcelain kami telah tersedia. aku ada juga mengintai meja lain..tiada yang serupa. Yes! tiada pesaingan..makna peluang aku nak buat sales lagi cerah. Pagi lagi customer dah mula mengerumun tapak jualan.

Setelah selesai lebih kurang jam lima petang, syukur pada Allah satu kotak barang-barang porcelain aku habis dijual. aku tersenyum girang, rasa sebak pun ada terkenang kan emak.
Hubby aku pun seronok...mana tak nyer dah lama tak pergi muzeum..habis seluruh museum dia round..memang minat dia pada sejarah. Tak kurang anak aku yang bermain kesana sini. berkawan-kawan...happy betul dia. ahhhh bahagia nyer hidup walaupun tak seberapa...ank suami dan anak yang membahagiakan.

esok satu hari lagi menunggu kami...harap-harap dapat sambutan lagi. dan aku ada berita baik untuk blogger yang berminat untuk sertai jualan pameran ini. datang saja ker museum dan jumpa Puan zila..person incharge..tanya jika ada kekosongan lagi sebab pameran ini ada 2 minggu lagi makna nyer 4 hari beniaga (sabtu&ahad). Tak jumpa tak tahu geng..cuba jerlah kan.

disini aku ada sedia kan sedikit gambar untuk tatapan blogger semua...layanzzz......

tersengeh..di depan gerai



haaa...puas aku dapat keluar kan separuh dari koleksi aku...yang tengah tu koleksi cottage . yang hujung sekali fridge magnet rm 25 pc



koleksi plate English,wedding bell limited edition mug dan pic hubby tgh breakfast..nasi lomak



antara deretan gerai peniaga, customer dah mula mengerumuni gerai kami..yahuu.....



pic hubby tgh makan lagi, acara sand art dan abg teh tarik tgh beraksi sedap...RM 1. jer



my hubby n pricess sand art..koleksi barangan lama jenama coke-cola..rare tuuuu




barangan ceramik lama dan antik juga turut di jual...ada peminat tersendiri




labu sayung yang di moden kan...siap ada demo lagi...


Koleksi-koleksi ceramik purba dari kapal karam di zaman melayu melaka laut selat melaka/ simpanan pihak museum..cantik tuuu




cuba tengok betul-betul pada bibir piring tu ada tumbuh baru karang.....ish..ajaib, kuasa Allah



sekian...jumpa lagi..

1 comment:

  1. perghh salute congrats naza for the sales.. memang definitely takde saingan since product lain dari yang lain.. teringin nak singgah apakan daya takde kat sini. apa2 pun keep it up selamat berniaga.. semoga you and ur hubby senantiasa di murahkan rezeki.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails